Tuesday, 1 November 2011
Hari Pertama Saya Di PTSS
Apabila mengimbau kenangan saya apabila pertama kali menjejaki Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ialah ketika saya dihantar oleh kedua ibu bapa saya pada 27 November 2010. Saya tiba tepat jam 10.00 pagi. Hari pertama saya di PTSS ialah ketika mendaftar nama di kafeteria siswi. Keadaan pada masa itu amat sibuk kerana ramai pelajar yang beratur untuk mendaftar juga. Para pelajar juga dikehendaki mendaftar bagi kunci asrama dan yuran.Pada masa yang sama selesai sudah mendaftar, saya telah diberikan kunci bilik. Saya mendapat tempat di kediaman asrama perempuan iaitu aras 2.14 blok 5. Sambil membawa barang - barang saya, kami mencari bilik yang disediakan iaitu di aras 2. Ketika mencari bilik debaran yang dirasakan begitu laju kerana ini merupakan saat-saat yang dinanti. Akhirnya, saya menjumpai bilik saya juga dan saya merupakan orang pertama yang masuk ke bilik tersebut. Saya dan ibu mengemas barang-barang saya untuk diletakkan di dalam almari. Saya ditempatkan bilik dengan empat orang. Kemudiannya datang seoran demi seorang penghuni bilik 2.14. Kami berkenalan sesama ahli keluarga dan menceritakan sedikit latar belakang. Walaupun kami ditempatkan di bilik 4 orang, tetapi rupanya kami hanya bertiga sahaja. Kedua rakan bilik saya masing-masing berasal dari Johor dan Kelantan. Seorang bernama Maslyana dan Siti Fazilah Aishah.Setelah selesai mengemaskan barang-barang, ibu bapa saya pun beransur untuk pulang ke rumah iaitu di Kedah. Setelah itu, semua pelajar baru diarahkan berkumpul di kafeteria siswa bagi mendengar taklimat mengenai jadual minggu orientasi. Selepas itu, masing-masing menjamu selera dan pulang ke bilik untuk membersihkan diri. Petang itu, pelajar orientasi diarahkan pergi ke Dewan Harum Manis bagi menjalani Program Laluan Kecemerlangan (PLK). Kemudian kami diagihkan ke dalam kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan berada dalam 8 orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good!
ReplyDelete